HomeGaya Hidup5 tips keluar 'dating' dengan jimat!

5 tips keluar ‘dating’ dengan jimat!

BERCINTA itu memang indah tapi tak dapat dinafikan bahawa percintaan itu memerlukan wang yang banyak kerana tiap kali bertemu pasti ada sahaja yang hendak dibeli buat si cinta hati.

Bagi anda yang mahu berjimat dalam fasa bercinta, ikuti 5 tips yang keluar ‘dating’ yang kami sarankan ini:

1. Berjalan di kawasan ‘free access’

Running
Photo by Lucas van Oort on Unsplash

Tak semua benda pakai duit, ada juga lokasi yang terbuka sesuai untuk anda beraktiviti dengan pasangan. Sebagai contoh, pergi mendaki bukit atau jogging di taman yang menghijau. Kalau tak berminat nak berlari, kalian ‘brisk walk’ saja pun baik untuk kesihatan tubuh badan.

2. Keluar ‘breakfast’!

Foto: Men’s Health

Selalu pasangan bercinta keluar makan malam kan? Sesekali mungkin okay la kalau setiap minggu mahu kempis poket tu.. Jadi, kami sarankan kalian keluar bersarapan pagi. Bukan apa, sesekali boleh uji tengok pasangan anda ini jenis ‘morning person’ ke tak dan pada masa sama, makanan di pagi hari harganya kan lebih murah.. ‘2 in 1’ gitu.

3. Cari promosi

SALE – fashion victim consumer shopping // Picture taken for CouponSnake – www.couponsnake.com
Photo by Markus Spiske on Unsplash

Sekarang ini banyak kedai yang menawarkan promosi menarik dengan harga mampu milik. Justeru, jika anda nampak ada kedai makan atau tarikan yang buat promosi, jangan lepaskan peluang untuk ambil! Kalau boleh makan dua orang dengan harga kurang RM20 sebab promosi, buat apa nak cari pilihan yang lebih mahal kan?z

4. Buat simpanan

close-up photo of assorted coins
Photo by Josh Appel on Unsplash

Nak jadi orang berjimat kena ada disiplin. Perkara penting sekali anda lakukan adalah buat simpanan. Lebih baik menyimpan sikit-sikit daripada langsung tiada simpanan ya. Sampai satu tahap, bolehlah guna simpanan itu untuk buat temu janji di kedai yang mewah atau mungkin jadi duit hantaran kahwin.

Lagi menarik jika anda dan pasangan sama-sama menyimpan duit. Ini bukan sekadar untuk kegunaan masa depan malahan, pupuk diri kalian untuk jadi orang yang beringat di hari tua.

5. Cipta pembaharuan

Foto: Unsplash

Percintaan yang romantik ialah percintaan yang segar merentas masa. Untuk mencapainya, anda perlu selalu keluar dari kelaziman dan kebiasaan. Nanti dah kahwin nak kena hadap benda sama hari-hari lagi, maka carilah perbezaan ketika bercinta.

Kalau selama ini sudah biasa bertemu janji di kafe romantik yang mengeringkan dompet, cuba benda baharu yang lebih murah. Pergi ke kedai buku atau sekadar duduk melayan busker. Walaupun murah, istimewanya tetap ada sebab ia baharu dan segar.

Sumber: Relevan

Author

Pilihan Editor