HomeBeritaPolitikRasmi: Amirudin Shari dilantik Menteri Besar Selangor

Rasmi: Amirudin Shari dilantik Menteri Besar Selangor

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari secara rasmi menjadi Menteri Besar Selangor selepas mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, hari ini.

Majlis penuh istiadat itu dijalankan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Terdahulu, Amirudin secara rasmi menang bertanding di (DUN) Sungai Tua dengan undi majoriti 5,185.

Kemenangan itu sekali gus mengekalkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Menerusi keputusan rasmi, Amirudin memperoleh 19,678 undi, meninggalkan pencabarnya dari Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin yang mendapat 14,493 undi manakala calon Bebas, Suman Gopal hanya mendapat sebanyak 430 undi.

Author

Pilihan Editor