HomeSukanACL 2023: JDT sekali lagi bertemu dengan Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale

ACL 2023: JDT sekali lagi bertemu dengan Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale

UNDIAN kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) meletakkan wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) di dalam kumpulan I bersama pasukan Ulsan Hyundai, Kawasaki Frontale dan BG Pathum United.

Pasukan yang berada didalam kumpulan I bagai aksi ulangan selepas sekali lagi Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale berada dalam kumpulan G bersama Guangzhou FC pada aksi ACL 2022.

Pada aksi ACL 2022, JDT berjaya melakar sejarah sendiri apabila melayakkan diri ke peringkat 16 terakhir walaupun diundi bersama gergasi Korea, Jepun dan China.

Kejohan yang berprestij di rantau Asia ini akan bermula pada September 2023 hingga Mei 2024.

 

Author

Pilihan Editor