HomeBeritaAgong, Raja Permaisuri berjalan kaki santuni rakyat

Agong, Raja Permaisuri berjalan kaki santuni rakyat

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan bersalaman dengan pengunjung yang menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Baginda berdua diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa menteri Kabinet berjalan sejauh kira-kira 200 meter bersalaman dengan orang ramai.

Tindakan spontan baginda itu disambut dengan sorakan pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat serta merakam momen indah itu.

Baginda berdua juga berkenan mencemar duli mengambil gambar ‘selfie’ bersama beberapa pengunjung sebelum berangkat pulang menaiki kenderaan rasmi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Dataran Putrajaya pada jam 8 pagi sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Sepanjang sambutan itu, baginda berdua tidak lokek dengan senyuman dan sering melambai ke arah hadirin. – Berita Harian

Author

Pilihan Editor