PASUKAN Cryptodata RNF MotoGP sangat teruja mengumumkan pemilihan Aisy Amani Zikry (Eiky13) sebagai pelumba eSport rasmi mereka untuk MotoGP eSport Global Series 2023.
Berasal dari Malaysia, Eiky13 membuktikan bakatnya mampu berdaya saing dengan pelumba eSport yang lain.
Kehadiran Eiky13 dalam MotoGP eSport Global Series 2023 mencipta sejarah buat Malaysia apabila menjadi pelumba pertama yang beraksi dalam Siri Global eSport ini.
Diasaskan oleh Razlan Razali, pasukan itu berbangga dengan akar umbinya di Malaysia dan gembira kerana mempunyai bintang negara yang semakin meningkat seperti Eiky13.
Bekerjasama dengan MEM Moto Esport Club yang berpangkalan di Malaysia, keputusan memilih Eiky13 didorong oleh kemahiran dan komitmen luar biasa menjadikannya tambahan yang ideal kepada Pasukan MotoGP Cryptodata RNF.
Laporan dari laman rasmi eSport MotoGP, Razlan Razali merasa bangga dengan kehadiran Eiky dalam pasukannya dan menjadi anak Malaysia pertama yang beraksi dalam Siri Global eSport MotoGP. Sebagai hanya seorang Principal pasukan MotoGP yang berasal dari Malaysia, dia gembira dapat memainkan peranan dalam menyokong bakat dari Malaysia dan percaya Eiky mempunyai potensi untuk bersaing secara kompetitif.
https://twitter.com/rnfracingteam/status/1688485768044466176?s=20
Debut pertama Eiky13 pada 25 Ogos ini pasti menjadi satu perlumbaan yang mendebarkan bagi pasukan Cryptodata MotoGP RNF yang akan berlangsung secara virtual di Litar Mugello, Catalunya dan Misano.
“Saya sangat gembira dan teruja untuk menyertai Pasukan Cryptodata MotoGP RNF untuk Siri Global eSport MotoGP 2023. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Razlan dan seluruh pasukan kerana memberi saya peluang hebat ini.
“Saya mahu memberikan prestasi terbaik saya dan berdaya saing di kalangan pelumba MotoGP eSports berpengalaman. Terima kasih atas semua sokongan dan saya teruja untuk memulakan pusingan pertama Ogos ini”, ujar Eiky13.