HomeBerita'Apa Sanusi buat, semua nak jadi salah'

‘Apa Sanusi buat, semua nak jadi salah’

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor enggan lagi mengulas mengenai klip video tular baru-baru ini yang memaparkan perbuatan beliau mengetuk kepala remaja perempuan menggunakan kertas.

“Benda dah selesai, tak payahlah tanya. Saya tidak ada komen apa-apa pun sebab bukannya saya buat salah apa pun.

“Apa Sanusi buat, semua nak jadi salah. Tak payahlah panjangkan cerita lagi,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menempelak pihak yang mengkritiknya berhubung tindakan tersebut.

“Di Kuala Lumpur lagi banyak masalah, dia (pengkritik) duduk di Kula Lumpur kan? Masalah wanita paling besar di Kuala Lumpurlah dengan cengkaman dan tekanan hidup, masalah sosial, eksploitasi dan pengabaian wanita.

“Tetapi kamu datang dan kacau kes letak (kertas) atas kepala. Kawan itu ‘dok’ gelak sampai sekarang, tetapi ‘hangpa’ (kamu) kata dia cedera. Tak boleh begitu kerana tindakan membesar-besarkan perkara yang remeh tidak langsung membantu masyarakat,” katanya. – KOSMO

Authors

Pilihan Editor