TINDAKAN seorang lelaki yang meletakkan nyawa darah dagingnya dalam bahaya mengundang padah, selepas kedua-duanya maut dalam nahas pesawat terhempas.
Menerusi video tular, lelaki yang berasal dari Brazil itu dilihat minum sebotol arak sambil membiarkan anak lelakinya berusia 11 tahun menerbangkan pesawat peribadinya.
Dia juga dilihat memberi arahan kepada anaknya tentang cara mengendalikan dan mengawal kenderaan tersebut.
Video tersebut dirakam beberapa saat sebelum dua beranak itu maut secara tragis dalam kemalangan.
Pada 29 Julai, penyelidik Garon Maia, 42, dan anaknya, Francisco Maia meninggal dunia selepas pesawat jenis Beechcraft Baron yang dinaiki mereka terhempas ke dalam hutan.
https://twitter.com/pgomes7973/status/1686198914381230081?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1686198914381230081%7Ctwgr%5Ea014e162c9b7033c11d1b30414d70483ac37a18e%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ndtv.com%2Fworld-news%2Fshocking-video-shows-brazilian-man-drinking-beer-while-11-year-old-son-flies-plane-4280869
Insiden tersebut dalam siasatan manakala pihak berkuasa masih mengenal pasti sama ada video itu dirakam sebelum nahas.
Pihak berkuasa juga sedang berusaha memastikan sama ada anaknya yang menerbangkan pesawat itu ketika terhempas.
Menurut laporan media Brazil, lelaki itu melakukan penerbangan bermula dari ladang keluarganya di bandar Rondônia Nova Conquista, sebelum singgah ke lapangan terbang di Vilhena untuk mengisi minyak.
Ketika itu, Maia berhasrat untuk menghantar anaknya ke Campo Grande, Mato Grosso do Sul, tempat kanak-kanak itu bersekolah dan tinggal bersama ibunya.
Pada masa sama, kejadian itu turut meragut satu lagi nyawa, yang mana isteri mangsa, Ana Pridonik meninggal dunia akibat bunuh diri.
Perkara itu dilakukan beberapa jam selepas suami dan anak tirinya dikebumikan pada 1 Ogos lalu.
Mengikut undang-undang Brazil, hanya individu berusia 18 tahun ke atas, yang telah menamatkan sekolah menengah dan berdaftar dengan Agensi Penerbangan Awam Kebangsaan dibenarkan untuk menerbangkan pesawat. –Â Agensi