POLIS menahan seorang wanita berusia 35 tahun pada Jumaat, selepas menyimbah asid ke atas seekor anjing di Mumbai, India.
Menurut polis, insiden tersebut berlaku pada Rabu apabila wanita itu, Shabista Suhail Ansari dari Malvani menyimbah cecair berkenaan ke atas anjing milik jirannya.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan wanita itu pada mulanya menghampiri anjing tersebut sebelum menyimbah asid ke atasnya.
Turut kedengaran suara anjing tersebut mengerang kesakitan dan melarikan diri.
#WATCH : Woman booked for acid attack on dog in mumbai.
The Mumbai police recently booked a 35-year-old woman for allegedly throwing acid on a dog in Malad. The police registered an FIR against the woman after Balasaheb Tukaram Bhagat (53), the dog's caretaker, lodged a complaint… pic.twitter.com/xc3mKH3Us5— upuknews (@upuknews1) August 18, 2023
Susulan serangan itu, anjing tersebut cedera parah dan dibawa ke hospital veterinar untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, wanita itu berang selepas anjing yang dikenali sebagai Brownie mendekati kucing peliharaannya.
Sebelum ini, dia sudah pun memberi amaran kepada pemilik anjing itu supaya menjauhkan haiwan tersebut daripada kucingnya, namun permintaan itu tidak diendahkan.