HomeSukanDibelasah 2-11, penyokong Kelantan bakar suar luah rasa kecewa

Dibelasah 2-11, penyokong Kelantan bakar suar luah rasa kecewa

SEBAHAGIAN penyokong pasukan Kelantan FC meluahkan rasa kecewa mereka terhadap pasukan mereka selepas di belasah 2-11 ketika bertemu Selangor FC dengan membakar suar di luar Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Beberapa video yang tular di media sosial, para penyokong tersebut turut menuntut pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman untuk berundur sebagai pemilik The Red Warriors (TRW), lapor Utusan Online.

Sebelum tamat perlawanan menentang Selangor, sebahagian penyokong turut membentuk emoji sedih di tempat duduk penyokong.

Sebelum ini, TRW turut dibelasah ketika menentang Terengganu 8-0 dan Johor Darul Ta’zim dengan jaringan 10-0.

Selepas 21 perlawanan liga, TRW telah mencatatkan 87 bolos dan menjadikan ia sebagai rekod bolos terburuk.

Dengan kekalahan yang memalukan malam tadi, TRW berisiko akan tersingkir ke Liga M3 apabila terus kekal ditangga kedua tercorot dalam saingan liga.

 

 

 

Author

Pilihan Editor