HomeGlobalDua maut, empat cedera nahas helikopter terhempas di bumbung rumah

Dua maut, empat cedera nahas helikopter terhempas di bumbung rumah

DUA individu maut selepas terlibat dalam nahas helikopter terhempas di sebuah kawasan perumahan dekat Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Lapor Fox News, sekurang-kurangnya empat lagi individu tercedera dalam nahas helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Sheriff Broward itu.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial memaparkan, helikopter tersebut hilang kawalan dan berpusing sebelum terhempas di sebuah rumah dekat Pompano Beach, Florida.

Seorang anggota paramedik, Kapten Terryson Jackson dan seorang wanita dipercayai orang awam yang berada di aras bawah kediaman terbabit dikenal pasti sebagai mangsa yang terkorban.

Nahas turut mengakibatkan beberapa bahagian rumah berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Sehubungan itu, Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan akan melakukan siasatan bersama bagi mengenal pasti punca nahas.

Author

Pilihan Editor