HomeHiburanFilem 'Rahsia' dipuji, cerita seram Melayu berbaloi ditonton

Filem ‘Rahsia’ dipuji, cerita seram Melayu berbaloi ditonton

CYBERJAYA: Filem Rahsia terbitan Astro Shaw yang sudah memasuki panggung wayang nyata mendapat ulasan positif rata-rata orang awam.

Filem karya arahan Shamyl Othman itu turut menarik perhatian pempengaruh, Imran Bard yang menyifatkan jalan cerita Rahsia berbeza dan lain daripada filem seram Malaysia lain.

“Sumpah 10/10 best teruk. Jujurnya dah lama tak tengok filem Melayu yang best macam ni. I love it so much.

“Lakonan Nabila memang best, storyline best gila, seram pun seram, cinematic pun cantik tapi banyak jumpscare.

Highly highly recommended. Please pergi tengok,” katanya menerusi platform X.

Pandangan Imran turut selaras dengan pandangan selebriti media sosial, Azfar Heri.

“Ok saya bagi 10/10 sebab best dan seram. Tak merepek ke apa ke dan jalan cerita dia best. I love you Nabila Huda.

“Saya menjerit macam nak terbang ye dengan hantu yang duk merangkak sana sini. Penat ye.

“Korang sila tengok ok,” tulisnya di Instagram Story.

Untuk makluman, filem Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.

Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.

Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.

Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.

Author

Pilihan Editor