HomePendidikanFLYsiswa - Pelajar IPTA boleh tebus RM300 tiket penerbangan

FLYsiswa – Pelajar IPTA boleh tebus RM300 tiket penerbangan

CYBERJAYA: Kementerian Pengangkutan kini menawarkan subsidi tiket penerbangan bagi para pelajar di universiti awam menerusi inisiatif dikenali FLYsiswa dengan baucar digital bernilai RM300.

Inisiatif itu adalah sebahagian usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan sekali gus menangani isu kos sara hidup pelajar.

Menerusi FLYsiswa, pelajar yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 boleh membuat semakan kelayakan melalui laman Subsidi Udara.

Pelajar perlu memilih nama universiti dan memasukkan nombor MyKad untuk menyemak kelayakan.

Sekiranya layak, pelajar tersebut boleh melakukan permohonan bantuan subsidi pembelian tiket bernilai RM300 daripada satu syarikat penerbangan – sama ada Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline.

Menerusi proses permohonan, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital RM300 kepada pelajar untuk membeli tiket penerbangan. Sekiranya harga tiket adalah kurang daripada RM300, baki digital akan kekal untuk penggunaan pembelian tiket seterusnya.

Berdasarkan laman Subsidi Udara, syarat turut menyatakan bahawa permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu syarikat penerbangan.

Tarikh akhir untuk penebusan baucar FlySISWA adalah pada 31 Dsember 2023.

Author

Pilihan Editor