HomeTeknologiGenerasi Z adalah pelanggan setia Poco

Generasi Z adalah pelanggan setia Poco

POCO adalah jenama telefon pintar di bawah Xiaomi. Mereka cuba sedaya upaya untuk bergerak secara sendiri dengan strategi pemasaran yang berbeza. Misalnya, Poco adalah jenama 100% memfokuskan pelancaran dan jualan produk di atas talian.

Minggu ini Poco mengadakan acara fizikal besar-besaran di Bangkok untuk POCO Partners Southeast Asia Forum 2023. Dalam forum ini mereka berkongsi golongan Gen Z adalah pelanggan mereka yang paling setia.

Forum ini disertai oleh wakil Poco, MediaTek, PUBG, Shopee dan juga Lazada. Setiap wakil ini cukup terkejut dengan jumlah pengguna yang menggunakan peranti Poco majoritinya adalah golongan Gen Z. Mereka bersama-sama turut berkongsi kata sepakat yang selepas ini Poco akan terus cuba menyasarkan pengguna golongan ini sahaja.

Poco turut melakukan kajian untuk mengetahui kenapa golongan Gen Z menggemari produk mereka. Pertama adalah jualan atas talian mudah.

Gen Z menurut mereka amat menggemari menyaksikan kandungan digital.

Jadi, apabila tertarik dengan iklan Poco, kemudian boleh terus beli di kedai atas talian dan tunggu kurang seminggu untuk tempahan sampai adalah antara faktor utama.

Selain turut menyatakan dengan pemberian kemas kini 3 generasi Android secara konsisten, ramai pelanggan masih boleh setia dengan Poco. Untuk itu juga, Poco tidak lagi akan menjadi Poco yang semua kenal seperti zaman Poco F1 yang tular sebagai pembunuh peranti mercu.

Sebaliknya, akan memfokuskan kepada apa yang disukai golongan Gen Z di Asia Tenggara iaitu kandungan digital, media sosial, kedai atas talian dan akhir sekali permua.

Data-data yang diperoleh melalui kajian mereka ini membuatkan Poco mengubah strategi pemasaran mereka agar hadir dengan produk yang seimbang untuk semua aspek di atas tadi tetapi dengan harga jualan masih mampu milik.

Jadi nampaknya besar kemungkinan kita akan melihat Poco terus hadir dengan lebih banyak peranti kelas pertengahan premium berbanding mercu dan masih tiada kepastian bila Poco akan hadir dengan peranti berinovasi seperti jenis skrin boleh-lipat dan sebagainya. – Amanz

Authors

Pilihan Editor