HomeBeritaKelantan catat peratusan keluar mengundi paling rendah

Kelantan catat peratusan keluar mengundi paling rendah

CYBERJAYA: Kelantan mencatatkan peratusan keluar mengundi paling rendah setakat pukul 4 petang tadi apabila hanya 56 peratus pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Berdasarkan perkongsian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu mencatatkan peratus tertinggi setakat pukul 4 petang tadi iaitu sebanyak 70 peratus.

Ini diikuti oleh Kedah 68 peratus, Pulau Pinang 67 peratus, Selangor 65 peratus dan Negeri Sembilan 62 peratus.

Manakala, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, peratusan keluar mengundi adalah 67 peratus setakat pukul 4 petang.

Author

Pilihan Editor