PEMPENGARUH media sosial, Khairul Aming, 31, dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori People’s Choice: Creator Of The Year di TikTok Award 2023.
Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata, kejayaan yang dikecapi bukan mudah dan memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan kandungan kreatif.
“Kepada anak-anak muda di luar sana yang ingin menjadi ‘content creator’ (pembuat kandungan) teruskan pembelajaran kerana membuat kandungan media sosial bukan sekadar untuk viral.
“Untuk menjadi relevan dalam industri awak memerlukan banyak pengetahuan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan adab,” katanya di acara Anugerah Tik Tok Awards 2023 pada Ahad.
Pada 23 Ogos lalu, Khairul Aming telah menerima 1.3 juta undian sekali gus mendahului finalis bagi kategori People’s Choice: Creator Of The Year.
Acara itu merupakan anugerah terbesar anjuran platform media sosial, TikTok untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan luar biasa yang merangkumi pelbagai latar belakang dan bidang.
Antara pemenang di Anugerah TikTok 2023:
Creator of the Year: Khairul Aming
Popular Creator of the Year: Ryan Bakery
Popular Rising Star of the Year: Ikhmal Nour
Popular Animation Account of the Year: Upin & Ipin
Popular Celebrity Creator of the Year: Aeril Zafrel
Popular Live Creator of the Year: Tiger Labu
Popular TikTok Shop Creator of the Year: Anas Zahrin
Best of Fashion & Beauty: Shahira Azlan
Best of Entertainment: Eiqa Malek
Best of Gaming: Sultan Riq
Best of Sports: Khalish Fitness
Best of Education: Sir Asai
Best of Foodie: Syifa Jamil