HomeHiburan'Lelaki bujang duda tak laku, suami orang ja laris' - Che Ta

‘Lelaki bujang duda tak laku, suami orang ja laris’ – Che Ta

CYBERJAYA: Pelakon, Rozita Che Wan baru-baru ini menasihatkan kaum wanita bergelar isteri supaya tidak kerap berkongsi foto mahupun kisah romantik bersama suami kepada umum jika takut rumahtangga ‘disondol’ orang ketiga.

Menerusi video di TikTok, Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata lelaki berstatus suami orang lebih laris berbanding bujang atau duda.

“Kepada semua isteri, jangan tayang suami dekat media sosial nanti ramai yang berkenan.

“Zaman sekarang lelaki bujang dengan duda ada anak ke tiada ke memang tak laku, suami orang juga yang laris.

“Takut, suami kita pula elok (kacak) jadi kita simpan. Cukup tayang muka kita sahaja dekat media sosial,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya terumatanya kaum wanita bersetuju dengan pendapat Che Ta itu.

“Betul. Kalau tayang-tayang laki nanti kena kebas,” komen netizen.

“Biar muka kita saja penuh dalam media sosial, suami kita sorok dalam almari, bukan melebih-lebih tapi sekadar berhati-hati, ramai minat suami orang,” tulis seorang lagi warga net.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Sebelum itu, aktres berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar Effendy Zulkafly pada Ogos 1995 namun bercerai pada Mei 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dianugerahkan dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 27 dan Aniq Ezzra, 25 tahun.

Author

Pilihan Editor