HomeBeritaViral'Lipas tu comel' - Budak nangis tengok bapa 'katok' lipas raih perhatian

‘Lipas tu comel’ – Budak nangis tengok bapa ‘katok’ lipas raih perhatian

CYBERJAYA: Video seorang kanak-kanak lelaki menangis selepas ayahnya membunuh seekor lipas menarik perhatian umum.

Menerusi perkongsian video TikTok @aqilahyusof, kelihatan anak lelakinya menangis teresak-esak atas kematian lipas itu.

“Kisahnya papa dia katok anak lipas dalam toilet. Bersungguh-sungguhlah dia menangis sebab lipas tu mati.

“Dia kesian dekat lipas tu, katanya lipas tu tak kacau orang pun. Dia punya sedih tu macam putus cinta, hailaa anak soleh mama sorang ni,” katanya.

Meskipun dipujuk ayahnya, anak kecil yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan ayahnya dan mengatakan haiwan kecil itu tidak bersalah.

“Dah-dah la tu. masalahnya, kita bunuh satu, ada beribu lipas, lipas tu cepat membiak, tak payah nak kesian sangat. Kesian dekat diri sendiri dulu,” ujar ayahnya.

Sebaliknya, jawapan anak lelakinya itu membuatkan ibu dan ayahnya terkedu sementara.

“Lipas itu comel,” ucap anak kecil itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan keletah kanak-kanak terbabit.

“Hahaha… saya ulang tengok, makcik first time jumpa budak nangis sebab kesian kat lipas,” komen netizen.

“Akak tak boleh dik, adik kata lipas tu comel. Mama dengan ayah dia pon speechless dia kata lipas tu comel,” kongsi netizen.

“Adik lipas tu memang comel tapi bila dia terbang dia bertukar dik,” luah netizen.

Author

Pilihan Editor