HomeSukanManchester City juara Piala Super UEFA

Manchester City juara Piala Super UEFA

MANCHESTER City menjuarai Piala Super UEFA buat kali pertama, apabila menewaskan Sevilla 5-4 menerusi sepakan penalti di Stadium Georgios Karaiskakis, dekat Athens, Greece pada Khamis.

Lapor Premier League, tandukan pemain Maghribi, Youssef En-Nesyri meletakkan kelab Sepanyol di depan pada minit ke-25.

Namun, bintang muda The Citizens, Cole Palmer yang berusia 21 tahun akhirnya menghadirkan keceriaan buat kelab Inggeris tersebut menerusi kelincahannya dalam perlawanan tersebut.

Palmer menyamakan kedudukan menerusi jaringan minit ke-63, selepas menyudahkan bantuan gol daripada Rodri bagi menjadikan keputusan terikat 1-1.

City kemudiannya menyempurnakan kesemua penalti untuk kemenangan 5-4 selepas rembatan pertahanan, Sevilla Nemanja Gudelj terkena palang.

Untuk rekod, Piala Super UEFA merupakan perlawanan antara pemenang Liga Juara-Juara musim lalu menentang juara Liga Europa.

Kelab LaLiga Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid serta jagoan Serie A Itali, AC Milan merupakan tiga kelab paling berjaya merangkul trofi dengan lima kejuaraan masing-masing.

Author

Pilihan Editor