HomeBeritaViral'Baru je nak masuk ke balai polis dia dah terjun' - Lelaki...

‘Baru je nak masuk ke balai polis dia dah terjun’ – Lelaki cuba tipu ‘driver’ e-hailing kantoi

CYBERJAYA: Cubaan seorang pemandu e-hailing ingin membawa seorang lelaki yang dipercayai penipu tambang ke balai polis tidak kesampaian selepas lelaki itu bertindak terjun keluar daripada kereta yang dipandunya.

Menerusi perkongsian Facebook, pemandu itu memberitahu, ini merupakan kali kedua lelaki itu melarikan diri daripada membayar tambang.

“Sebelum ini aku dah dapat penumpang ni melalui Grab apps bila sampai RHB Bank Bandar Baru Sungai Buloh dia terus cabut lari dan tidak bayar, report dengan grab dapat refund semula.

“Hari ini dia order melalui inDrive mungkin grab app dah kena block kot, dari awal lagi aku dah syak penumpang yang sama menipu aku dulu. Aku turunkan lagi seat depan supaya kamera dapat rakam penuh wajah dia,” tulisnya.

Di awal perjalanan, lelaki terbabit ingin meminjam wang sebanyak RM100 dan akan membuat bayaran penuh setibanya di lokasi sepatutnya.

“Ni nak pinjam duit RM100 dan bila sampai RHB Bank Bandar Baru Sungai Buloh, kakaknya akan bayar penuh termasuk tol.

“Aku okay kan je dalam pemikiran aku nak bawa dia ni ke balai polis, jadi balai polis yang berdekatan Pandamaran,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, belum sempat masuk ke kawasan balai polis, lelaki itu telah menyedari niat pemandu tersebut dan terus membuka pintu untuk melarikan diri.

“Baru je nak masuk ke balai polis dia dah terjun. Niat aku cuma nak tangkap penipu ni sebab dulu dah kena dengan Grab apps,” luahnya.

Justeru, pemandu itu mengingatkan kepada pemandu e-hailing yang lain supaya berhati-hati dengan lelaki terbabit.

@mediavariasinews

Katanya, pelaku ni dah selalu buat kerja mcam ni. Naik e-hailing tapi bila dah sampai,terus cabut tak bayar. Full story kat portal MV! #viral #jenayah #sungaibuloh #balaipolis #lari #driver #ehailing

♬ original sound – Media Variasi News – Media Variasi News

Author

Pilihan Editor