CYBERJAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi menjadi bualan warga net selepas videonya mengetuk kepala seorang wanita tular di media sosial.
Video yang dikongsi di Twitter @AzmawiAzizan melihatkan Sanusi bersama-sama dengan pengiringnya sedang melayani dua orang wanita.
Di pertengahan video, kelihatan Sanusi secara tiba-tiba mengetuk kepala salah seorang wanita menggunakan kertas yang dipegangnya.
Tindakannya itu bagaimanapun disambut dengan ketawa oleh orang ramai yang berada di sekelilingnya.
Sebaliknya, di Twitter rata-rata netizen mengkritik tindakan Sanusi yang dikatakan kurang beradab.
“Kepala memang pantang kalau koi (saya). Sedangkan anak-anak gurau pukul kepala adik beradik pun koi marah. Sebab dari kecil lagi mak dengan ayah marah kalau kami gurau/gaduh pukul tangan,” luah netizen.
“Gila lah, macam ni ke budi bahasa budaya korang? Kalau macam ni memang tak lah si Sanusi tu sempat gelak masa ni, no manners!” tulis netizen.
“Kena kat aku ni malu/terasa sepanjang zaman. Kuat pula tu bunyi katok dia, depan orang ramai pula. Tapi tak apa lah, penyokong dia okay je, tak mau cakap lebih,” komen netizen.