HomeBeritaPolitikPasca PRN: Kepimpinan politik tidak faham konsep demokrasi - Penganalisis

Pasca PRN: Kepimpinan politik tidak faham konsep demokrasi – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Suhu politik di Malaysia dijangka tidak akan menurun dengan mudah, pasca Pilihan Raya Negeri.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin berkata, ini berdasarkan ucapan yang diberikan oleh beberapa pemimpin tertinggi gabungan, sekali gus memberi bayangan ketidakfahaman mereka terhadap sistem demokrasi.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata, rakyat sudah bersuara dan sekarang masa untuk bergerak ke hadapan.

“Satu lagi ucapan seorang pemimpin, beliau kata ini referendum, maka Anwar dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus letak jawatan.

“Seorang lagi pemimpin kata, kita akan teruskan usaha ke Putrajaya.

“Maknanya kepimpinan tertinggi politik tidak memahami apa itu demokrasi. Demokrasi bermakna kita ada pilihan raya, selepas pilihan raya habis, masa untuk bekerja.

“Ini baru dipilih, terus cerita tentang nak jatuhkan kerajaan. Cukup-cukuplah. Negara kita ada banyak masalah, adakah kita mahu terus bergaduh, berpolitik sepanjang zaman?” katanya ketika menjadi tetamu program Agenda AWANI, pada Ahad.

Turut serta, Pengarah Strategi KRA Group, Amir Fareed Rahim.

Sementara itu, Amer pula berpendapat, suhu politik tidak akan menurun dengan beberapa pilihan raya kecil yang akan berlangsung selepas ini, dan pihak yang tidak berpuas hati akan terus memastikan ia sentiasa panas.

Bagaimanapun, bergerak ke hadapan, beliau berharap semua parti berlaku jujur pada diri sendiri dalam menjalankan post mortem supaya pengajaran daripada situasi dapat dipelajari.

“Memang polarisasi kuat, maka politik identiti juga faktor penting (dalam PRN) tetapi apabila bercakap dengan mereka di lapangan, ini selalunya isu kedua atau ketiga.

“Isu utama ialah isu ekonomi. Isu ini kompleks kerana permasalahan ekonomi berbeza bagi kelompok berbeza, jadi ia perlu diperhalusi.

“Para pengundi yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum, terbawa residuel effect dalam pilihan raya seterusnya, jadi penting kepimpinan politik muhasabah diri, lihat semua isu dengan jelas dan telus, seterusnya berusaha untuk memperbaikinya,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor