HomeBeritaViralPemilik Mercedes selamba 'parking' belakang Porsche, tinggalkan nozel pam ketika isi minyak

Pemilik Mercedes selamba ‘parking’ belakang Porsche, tinggalkan nozel pam ketika isi minyak

TINDAKAN pemilik kereta yang meninggalkan kenderaannya sewaktu mengisi minyak tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video dirakam oleh orang awam, kereta Mercedes-Benz itu ditempatkan di belakang sebuah kereta Porsche, yang meletakkan kenderaan di tapak mengisi minyak.

Pemilik Mercedes itu dipercayai tidak sanggup menunggu pemandu Porsche yang meninggalkan kenderaan terlalu lama di tapak tersebut, menyebabkan dia tergesa-gesa mahu mengisi minyak.

Video sama turut memaparkan pemilik Mercedes itu meninggalkan nozel pam pada kenderaan tersebut, sementara tidak diketahui lokasi pemandu tersebut.

Meskipun nozel pam itu difahamkan akan terhenti sendiri apabila minyak pada tangki kenderaan penuh, namun tindakan tidak bertanggungjawab pemilik Mercedes tersebut sememangnya mengundang kebimbangan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Apatah lagi, sekiranya berlaku sebarang kebakaran yang merisikokan nyawa dan keselamatan awam.

MEDIA VARIASI setakat ini masih belum dapat memastikan waktu dan lokasi sebenar insiden tersebut.

 

Author

Pilihan Editor