HomeGlobalPenangan Barbie! Keranda warna 'pink' kini di pasaran

Penangan Barbie! Keranda warna ‘pink’ kini di pasaran

TIDAK dapat disangkalkan lagi bahawa filem Barbie yang bertemakan rona merah jambu menjadi fenomena global.

Mana tidaknya, bukan sekadar pakaian, makanan dan peralatan semata dijual menggunakan tema Barbie malah, keranda juga kini boleh dimiliki dalam warna merah jambu.

Lapor New York Post, peminat tegar Barbie kini boleh memiliki keranda impian yang direka khas dengan rona merah jambu keluaran sebuah syarikat dikenali Olivares Funeral Home.

“Keranda ini, dengan warna merah jambu terang yang menyerlah, mewakili momen yang tidak dapat dilupakan yang mereka lalui.

“Ia adalah peringatan bahawa kisah kita patut diingati dan disambut dengan warna dan semangat.

“Semoga penghormatan ini disambut dengan penuh kasih sayang, warna dan kenangan yang tidak dapat dilupakan,” lapor portal itu memetik Jam Press.

Trend penggunaan keranda merah jambu itu kini semakin popular di Mexico dan Amerika Latin sekali gus membuka peluang kepada peminat merah jambu mengakhiri kehidupan mereka dengan gelaran ‘pink forever’.

Author

Pilihan Editor