HomeGaya HidupPetua masak sotong tak kecut, kekal segar dan besar!

Petua masak sotong tak kecut, kekal segar dan besar!

BAGI anda yang gemar makan sotong, pasti geram jika sotong yang dibeli pada awalnya bersaiz besar menjadi kecut apabila dimasak.

Menerusi hantaran seorang wanita di Facebook dikenali Zin Rose, dia berkongsi petua mudah memasak sotong yang dibeli kekal segar dan besar.

1. Siang sotong buang semua tulang sotong kemudian, cuci.

2. Lepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong itu supaya senang nanti tiada la badan ke lain kepala ke lain.

3. Rebus sotong 5-8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping

4. Hasilnya bila masak sotong tak hanyir dan saiznya maintain tak mengecut

Selamat mencuba! 

Author

Pilihan Editor