HomeGlobalLelaki bertuah! Ditembak dua kali di bahagian kepala tapi masih hidup

Lelaki bertuah! Ditembak dua kali di bahagian kepala tapi masih hidup

MEXICO CITY: Meskipun ditembak dua kali di bahagian kepala, seorang lelaki dilaporkan masih hidup, lapor Oddity Central.

Lelaki bertuah itu, Francisco sedang bersiar-siar di jalan kawasan kejiranan Gustavo A Madero di Mexico City pada 2 Ogos lalu.

Ketika kejadian, seorang lelaki dipercayai suspek, Carlos N menghampiri Francisco dan bertindak melepaskan tembakan dua kali di kepala mangsa dalam jarak dekat.

Setakat ini, punca serangan masih belum didedahkan namun kebanyakan tajuk berita tempatan memfokuskan mengenai insiden tembakan yang luar biasa itu, lapor Utusan.

Tembakan ke arah kepala Francisco itu dikatakan memantul semula sehingga menyebabkan mangsa hanya mengalami luka kecil di daging yang menyelaputi bahagian tengkorak.

“Nampaknya, peluru digunakan oleh penyerang sudah lama dan belerang dalam peluru juga sangat lembap.

“Faktor ini, digabungkan dengan pistol berkaliber kecil dan mempunyai laras sangat pendek, yang menjejaskan kelajuan dan kuasa tembusan keseluruhan peluru.

“Daripada menusuk tengkorak lelaki berkenaan, peluru itu hanya melantun daripada tengkorak mangsa,” jelas laporan.

Francisco hanya mengalami kecederaan kecil dan sempat meminta bantuan beberapa pengawal keselamatan berhampiran yang berjaya menangkap Carlos.

Author

Pilihan Editor