HomeBeritaViral‘Sebab boleh cikgu’ – Biadab! Netizen panas hati jawapan pelajar zaman kini...

‘Sebab boleh cikgu’ – Biadab! Netizen panas hati jawapan pelajar zaman kini mengarut

 

CYBERJAYA: Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang guru menyemak kertas peperiksaan pelajarnya.

Namun, menjadi kegusaran ramai pihak apabila perkongsian guru itu melihatkan jawapan pelajarnya menjawab soalan dengan jawapan ‘sebab boleh’.

Malah, warga net di Twitter turut mengulas isu berkenaan kerana beranggapan sebilangan pelajar sekolah masa kini semakin kritikal dek terlebih menonton kandungan media sosial.

Dalam pada itu, menerusi ciapan seorang pengguna Twitter @efanhamza, dia turut berkongsi nasib yang dialami sepupunya yang juga seorang guru dalam mendidik anak murid masa kini.

“Tau tak apa yang cikgu-cikgu tengah runsingkan sekarang?

“Bila students jawab ‘sebab boleh cikgu’ dalam kelas dan dalam kertas ujian. Cousin aku dah menangis dah sebab rasa exhausted.

“Bila anak-anak consume banyak media sosial tanpa tapisan, kejahilan perlahan datang menyapa,” ciapnya.

https://twitter.com/wafty_ali/status/1693578764553445749

Selain itu, seorang lagi netizen dikenali Nad turut menzahirkan rasa geram dengan pelajar masa kini yang seringkali memberi alasan ‘sebab boleh’.

“Baru semalam tanya pelajar kenapa tak datang sekolah, dia jawab depan muka aku, ‘sebab boleh cikgu’.

“Dalam exam pun tulis macam ini ‘tobat’ aku rasa nak lempang!

“Kau ingat kau tu siapa, dah rasa besar sangat sampai takda adab dengan guru?,” luahnya.

Author

Pilihan Editor