HomePendidikanSPM 2023 bermula 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024

SPM 2023 bermula 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024

CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024.

Menurut KPM, penetapan jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 itu diputuskan setelah mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

Berdasarkan poster pemakluman SPM 2023 yang dimuat naik dalam Facebook KPM, Ujian Amali Sains akan berlangsung pada 5 hingga 7 Disember 2023.

Pada 8 hingga 11 Januari 2024 pula akan berlangsung Ujian Bertutur Bahasa Melayu diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 17 hingga 23 Januari 2024.

Seterusnya, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeri pada 29 Januari 2024 manakala Ujian Bertulis akan berlangsung pada 30 Januari hingga 7 Mac 2024.

“Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan,” maklum KPM.

Author

Pilihan Editor