HomeBeritaSyahir cadang debat diteruskan, isu pendidikan

Syahir cadang debat diteruskan, isu pendidikan

CYBERJAYA: Selepas berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman mencadangkan agar agenda debat diteruskan.

Menerusi hantaran di media sosial, Syahir mengusulkan debat mengenai isu pendidikan diadakan kali ini.

“Debat. Saya cadang diteruskan, tajuk pendidikan.

“Jemput YB Prof Haim berdepan YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Untuk makluman, Haim Hilman Abdullah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung semalam.

Author

Pilihan Editor