CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular sekeping foto memaparkan tiang lampu yang diturap sekali dengan jalar tar sehingga mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah perkampungan di Belaga, Kuching.
Menerusi hantaran Facebook Clarence Chin, dia tidak menyangka dapat menyaksikan sendiri kejadian sedemikian.
“Biasa nampak orang troll benda macam ini tetapi kali ini nampak depan mata (sendiri),” tulisnya.
Hantaran yang dimuat naik Clarence itu menjadi perhatian ramai kerana kedudukan tiang lampu yang hampir berada di tengah jalan tersebut.
Dalam hantaran lain, Clarence memberitahu beberapa orang telah tampil mengadu kepadanya mengenai insiden mereka hampir terlanggar tiang terbabit.
Susulan itu, PDRM Belaga bertindak menutup separuh daripada jalan berkenaan untuk mengelakkan dari sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
“Selepas kes tiang viral semalam, ada beberapa orang yang tampil mengadu dimana mereka pernah hampir melanggar tiang tersebut. Terutama sekali waktu malam.
“Syukur polis dah tutup separuh jalan,” jelasnya.