HomeGaya HidupTip mudah cuci bantal banyak 'peta'!

Tip mudah cuci bantal banyak ‘peta’!

TIDUR yang nyenyak bukan sahaja dipengaruhi oleh persekitaran atau kepenatan badan malah, faktor seperti kebersihan bantal yang digunakan juga memberi kesan terhadap tidur seseorang.

Mungkin ada yang beranggapan tukar sarung bantal pun sudah cukup memadai untuk menjaga kebersihan namun, pernahkah anda terfikir seberapa bersih bantal yang digunakan itu?

Bukan semua orang tahu cara membasuh bantal kerana pastinya rosak jika disumbat ke dalam mesin basuh.

Baru-baru ini, menerusi hantaran di TikTok, seorang wanita dikenali Nismira berkongsi tips mudah untuk membasuh bantal supaya kelihatan bersih dan baharu.

1. Bahan-bahan yang diperlukan:

– Bekas kosong atau besen yang boleh memuatkan bantal anda.

– Serbuk penaik (baking soda)

– Boraks (campuran garam mineral konsentrasi tinggi, boleh dibeli daripada kedai runcit atau pasar raya)

– Sabun pencuci

– Air bersih

Menurut Nismira, serbuk penaik digunakan untuk menaikkan warna putih bantal, manakala boraks untuk menghilangkan bau busuk.

2. Cara basuhan bantal:

  1. Rendam bantal

Masukkan bantal ke dalam bekas atau besen untuk merendam bantal anda.

  1. Isikan air dan masukkan bahan

Isi air dan masukkan serbuk penaik, boraks serta sabun pencuci.

  1. Kocakan air rendaman bersama bantal

Pastikan air dan campuran bahan pencuci terkena secara menyeluruh pada bantal. Pastikan juga semua bahagian bantal basah direndam.

  1. Biarkan bantal di dalam bekas

Sesekali balik-balikkan bantal itu, bayangkan pergerakan di dalam mesin basuh yang berputar untuk mencuci pakaian anda, begitu juga konsepnya di sini.

Hasilnya boleh dilihat selepas beberapa minit, kotoran akan tertanggal dan air pun bertukar warna kehitaman.

  1. Bilas bantal dengan air bersih

Apabila bantal sudah diperhatikan bersih, boleh buang air kotor dari bekas itu dan bilas bantal menggunakan air bersih.

  1. Jemur hingga kering

Jemur bantal di sehingga kering.

Author

Pilihan Editor