HomeBeritaViralTunggu 3 jam, wanita geram kena 'double park' minta bantuan polis

Tunggu 3 jam, wanita geram kena ‘double park’ minta bantuan polis

 

CYBERJAYA: Seorang wanita terpaksa menunggu hampir tiga jam di kawasan parkir kerana keretannya dihalang oleh kenderaan lain di sebuah apartmen.

Menerusi perkongsian di Facebook Siti Nur Aisah Afandi, wanita berkenaan terpaksa menghubungi polis bagi menyelesaikan isu ‘double park’ yang dialaminya.

Perkara itu berikutan meskipun sudah berkali-kali memanggil pemilik kenderaan tersebut untuk mengalihkan kereta masih tiada respon yang diterimanya.

“Saya jerit dalam 10 minit tapi still tak keluar, so saya call polis terdekat.

“Polis sampai je tak sampai 20 minit owner keluar tak pakai baju. Dia bagitahu yang dia lupa. Semalam takde parking so dia parking lah kat situ.

“Dia minta maaf dia cakap dia sakit kanser. Saya ni jenis cepat kesian, saya tak marah sikit pun kat dia tapi abang polis tu je lah yang marah,” tulisnya yang turut dikongsi dalam grup Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini (BBPAH).

Maklum Siti, polis terbabit hampir bertindak menghubungi pihak lori tunda bagi mengalihkan kenderaan tersebut namun, belum sempat berbuat demikian pemilik kenderaan terbabit telah munculkan diri.

“Okey selesai. Kawan aku cakap dia (pemilik kenderaan) sakit bukan pekak, betul lah kan. Dekat tiga jam menunggu, boleh ke kau orang sabar macam aku?” soalnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net turut menzahirkan kegeraman mereka melihat situasi berkenaan.

“Dia nampak buat-buat tak nampak lah tu, polis mai baru kalut,” kata ahli group BBPAH.

“Kalau aku dah calar-calar aku buat. 3 jam dengan tak bagi no phone,” luah seorang lagi netizen.

“Dia bukan lupa kak..dia hilang ingatan,” sindir warga net.

Author

Pilihan Editor