HomeGlobalWanita maut selepas minum 1.8 liter air dalam masa 20 minit

Wanita maut selepas minum 1.8 liter air dalam masa 20 minit

IBU kepada dua anak maut selepas minum hampir dua liter air dalam tempoh 20 minit sewaktu bercuti bersama keluarganya di Indiana.

Ashley Summers, 35, meninggal dunia akibat ketoksikan atau keracunan air akibat minum air terlalu cepat.

Terdahulu, sewaktu Ashley menghabiskan hujung minggu bersama suami dan dua anak perempuannya di Tasik Freeman dan merasakan tidak dapat minum air secukupnya.

Menurut keluarganya, Ashley mengadu berasa pening dan sakit kepala yang teruk selain mengalami dehidrasi.

Sehubungan itu, Ashley bertindak minum air dengan banyak bagi menghilangkan dahaga namun, dia rebah setelah sampai di rumah sebelum dibawa ke hospital.

Doktor mendiagnosisnya dengan ketoksikan air, juga dikenali sebagai hiponatremia, yang berlaku apabila terdapat terlalu banyak air di dalam badan dan tidak cukup natrium.

Abang Ashley, Devon Miller memberitahu keluarganya bahawa Ashley mengalami bengkak otak dan tidak mengetahui punca bagaimana ia boleh berlaku.

“Ia adalah kejutan kepada kami semua. Apabila mereka bercakap tentang ketoksikan air, saya tidak membayangkan benda ni ada.

“Dia hanya merasa seperti dia tidak boleh mendapatkan air yang cukup. Dia minum empat botol air dalam tempoh 20 minit. Itu jumlah air yang sepatutnya diminum dalam tempoh satu hari,” katanya seperti dilapor WRTV.

Sementara itu, pakar toksikologi Dr Blake Froberg memaklumkan punca kematian yang jarang berlaku lebih berkemungkinan berlaku ketika musim panas atau jika seseorang bekerja di luar atau kerap bersenam.

“Ada perkara tertentu yang boleh membuat seseorang lebih berisiko untuknya, tetapi perkara keseluruhan yang berlaku adalah mempunyai terlalu banyak air dan tidak cukup natrium dalam badan,” jelasnya.

Bagaimanapun, kematian Ashley berjaya menyelamatkan lima nyawa lain selepas dia mendermakan jantung, hati, paru-paru, buah pinggang dan tisu tulah kepada pesakit yang memerlukan.

 

Author

Pilihan Editor