HomeGlobalWanita 'terkantoi' buang bayi dalam tong sampah

Wanita ‘terkantoi’ buang bayi dalam tong sampah

TANPA rasa bersalah, seorang wanita dengan ‘selamba’ membuang bayinya ke dalam tong sampah di sebuah bangunan kediamaan di China, baru-baru ini.

Namun, tindakan wanita itu berjaya direkod menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di sekitar kawasan kejadian, lapor Asiaone.

Menerusi rakaman itu, kejadian direkodkan berlaku kira-kira pukul 8.44 malam dan ketika itu wanita terbabit merangkul seorang bayi dalam sebuah lif.

Wanita yang dipercayai sedang bercuti di Chongqing itu mengelap kesan darah pada bayi, tapak kasutnya serta di lantai lif.

Sebaik saja lif berhenti, wanita berkenaan bergegas keluar dan membuang bayinya ke dalam tong sampah berdekatan dengan lif itu.

Dia turut menggunakan kertas tisu yang banyak untuk menyembunyikan anak kecil itu.

Tindakan wanita itu diperhatikan oleh seorang warga emas namun lelaki tersebut gagal menyedari keberadaan bayi di dalam tong sampah.

Bagaimanapun, pada malam itu penduduk setempat berjaya menemui bayi berkenaan lalu bertindak menghubungi pihak polis sebelum dibawa ke hospital.

Menurut kakitangan hospital, bayi itu dibenarkan keluar setelah beberapa hari menerima rawatan dan kini berada dalam jagaan wanita tersebut serta pasangannya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet mengecam tindakan ibu bayi berkenaan yang disifatkan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membuang anak sendiri.

Author

Pilihan Editor