TANGKAK: Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun maut, selepas rumah didiaminya di Kampung Sungai Pilah, Bukit Gambir, di sini terbakar pada pagi Ahad.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.16 pagi.
“Seramai 16 anggota dikerahkan bersama dua buah jentera bomba.
“Sebaik tiba, rumah itu sudah 80 peratus musnah akibat kebakaran dan kami berjaya memadamkannya pada pukul 6.54 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Rafiah, mangsa yang dipercayai tinggal berseorangan itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan.
Tambahnya, punca kebakaran masih kini dalam siasatan.
Katanya, pemeriksaan di rumah itu menemukan seorang lelaki warga emas.
“Lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan,” katanya sambil menambah punca kebakaran masih disiasat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintenden Idris Abdul Rahman mengesahkan pihak polis telah menerima laporan berhubung kes tersebut.