HomeTeknologiX akan minta kad pengenalan untuk pengesahan akaun

X akan minta kad pengenalan untuk pengesahan akaun

CYBERJAYA: Aplikasi X semakin serius dalam membendung akaun-akaun bot.

X kini memperkenalkan pengesahan akaun dengan tanda calit biru melalui langganan X Pro tahun lalu.

Terbaru, mereka akan meminta kad pengenalan pengguna atau dokumen pengenalan rasmi lain untuk pengesahan tambahan akaun pengguna.

Bukan itu sahaja, pengguna turut perlu melakukan rakaman swafoto langsung bagi mengesahkan imej pada dokumen sama dengan wajah sendiri.

X dilihat akan menggunakan pihak ketiga iaitu Au10tix untuk pengesahan akaun ini. Apabila pengesahan dilakukan dengan kad identiti rasmi, profil akan memaparkan notifikasi “This account is ID verified”. Ia akan menjadi satu lagi lapisan keselamatan untuk pengesahan akaun khususnya bagi selebriti.

Antara isu dengan dengan X Blue ialah sesiapa sahaja boleh membuka akaun dengan calit biru.

Sama ada benar identiti pemilik dengan yang didakwa adalah misteri kerana tiada pengesahan rasmi.

Dengan kata lain sistem pengesahan identiti X kini sama sahaja dengan pengesahan Twitter Verified yang tidak lagi diteruskan selepas syarikat diambil alih oleh Elon Musk. – Amanz

Authors

Pilihan Editor