HomeHiburanZul Ariffin tolak watak seksi, aksi panas berpelukan

Zul Ariffin tolak watak seksi, aksi panas berpelukan

CYBERJAYA: Pelakon, Zul Ariffin dilaporkan sudah tidak berminat dengan tawaran lakonan yang memerlukan dia membawa watak seksi atau adegan panas.

Perkara itu dikongsi oleh penerbit, Fadzil Teh menerusi hantaran di Facebook miliknya dengan menyatakan baru-baru ini dia menawarkan watak untuk Zul dalam sebuah drama siri terbaharu namun aktor itu menolak.

“Dua tiga hari sudah aku dok bersembang dgn aktor Haji Zul Ariffin. Dok offer la watak watak untuk drama siri baru.

“Zul bagi tau dia berlakon lagi tapi tak mau dah watak-watak sexy peluk-peluk semua.

“Aku kata ok ambik watak ni dia tak ada rogol gomoi perempuan, dia kata minta maaf haji saya tak nak terlibat lagi cerita cerita macam ni,” kongsi Fadzil perbualan antaranya dengan Zul.

Tambah Fadzil, respon yang diberi pelakon filem Sangkar itu turut membuatkan dirinya berfikir sejenak lantas menghubungi pihak stesen televisyen untuk membuang babak adegan panas.

“Lepas itu aku terfikir dan aku pula yang malu sendiri. Aku pun terus menelefon orang kuat televisyen itu dan minta buang plot cerita yang agak seksi. Mereka bersetuju.

“Aku pernah berjanji dengan diri aku, sudah tidak mahu menerbitkan drama yang agak seksi jalan ceritanya. Tapi kadang aku sendiri lalai dan lemah dengan dunia ‘glamour’’ ini.

“Terima kasih Haji Zul Ariffin,” tulisnya.

Untuk makluman, Zul, 37, berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas tiga kali mengerjakan umrah sejak Ogos tahun lalu.

Author

Pilihan Editor