HomeGlobal100 individu terlibat anjur pesta seks

100 individu terlibat anjur pesta seks

SERAMAI 100 individu dilaporkan terlibat dalam penganjuran pesta seks yang diadakan di sebuah unit apartmen di Semanggi, Jakarta Selatan.

Polis Metro Jakarta Selatan menyerbu unit apartmen itu pada 8 September lalu dan berjaya menangkap empat orang termasuk sepasang suami isteri yang disyaki menjadi penganjur pesta tersebut, lapor berita Republika.

“Pengikutnya ramai. Ada sekitar 100 ahli,” ujar Ketua Polis Jakarta Selatan, Asisten Komisioner Polis Bintoro.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan maklumat terperinci mengenai ahli-ahli pesta seks tersebut tetapi menyatakan, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap 100 anggota itu dan mengkategorinya sebagai saksi.

Tambah Bintoro, peserta-peserta yang menghadiri acara itu diwajibkan membayar wang pendaftaran sebanyak 1 juta rupiah (RM304.81).

“Sebenarnya bukan kali ini sahaja. Sudah berkali-kali acara itu diadakan,” kata Bintoro.

Author

Pilihan Editor