HomeGlobal11 maut, 1,000 kes akibat denggi di Sudan

11 maut, 1,000 kes akibat denggi di Sudan

LEBIH 1,000 kes demam denggi direkodkan di Sudan pada Khamis, manakala 11 kematian dicatat di lapan negeri.

Kementerian Kesihatan Sudan memaklumkan, negeri Gedaref direkod paling terjejas berikutan terdedah dengan pembiakan nyamuk dan kekurangan imuniti kelompok.

“Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan melebihi 1,000 dengan 11 kematian. Kes demam denggi direkodkan di lapan negeri pada 2023, berbanding 12 negeri pada 2022,” katanya seperti dilapor Agensi Anadolu.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, wabak taun dan demam denggi telah dilaporkan di timur Sudan.

Katanya, keadaan itu membimbangkan kepada ribuan penduduk yang berlindung ketika pertempuran antara tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di Khartoum serta bandar-bandar lain.

Sektor kesihatan negara itu dilanda beberapa siri krisis akibat konflik berterusan sejak April.

Lebih 3,000 orang terbunuh, manakala puluhan ribu cedera dan lebih lima juta kehilangan tempat tinggal berikutan kebanyakan keganasan tertumpu di sekitar ibu negara.

Author

Pilihan Editor