HomeBeritaAPM tangkap ular sawa 100kg ceroboh kebun durian

APM tangkap ular sawa 100kg ceroboh kebun durian

MACHANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Machang mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap seekor ular sawa batik seberat 100 kilogram (kg) yang menceroboh kebun durian di Kampung Pak Gombak, Labok di sini hari ini.

Tangkapan pukul 2.05 petang itu dilakukan susulan pihaknya menerima daripada pemilik kebun berkenaan yang melihat reptilia berkenaan sedang ‘berehat’.

Timbalan Pegawai APM Machang, Leftenan Pertahanan Awam Mohd. Fadli Hassan berkata, pihaknya mengambil masa yang agak lama sedikit susulan reptilia itu bertindak agresif semasa kerja-kerja tangkapan dijalankan.

“Sejurus kami tiba di lokasi dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati ular tersebut sedang tidur.

“Ular sawa yang ditangkap itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya ketika ditemui pemberita di pejabat APM Machang hari ini.

Mohd. Fadli memberitahu, ular sawa itu merupakan tangkapan tersebar yang dilakukan oleh APM Machang bagi tahun ini. – Utusan

Authors

Pilihan Editor