HomeNiagaUsahawan'Aset saya semua kilang sahaja' - Khairul Aming tak minat kumpul kereta...

‘Aset saya semua kilang sahaja’ – Khairul Aming tak minat kumpul kereta mewah

CYBERJAYA: Usahawan dan juga pempengaruh terkenal, Khairul Aming, mendedahkan dia tidak gemar memanjakan diri dengan kereta atau barangan mewah yang tidak memberi pulangan wang semula.

Menurut Khairul Aming atau dikenali sebagai KA, pembelian aset seperti mesin sambal adalah lebih baik berbanding membeli barangan mewah lain.

“Saya memang tak ada rumah, saya tak ada kereta mewah, ada satu kereta yang baru saya beli pada mak saya tapi bukan untuk saya. Aset saya semua kilang sahaja.

“Saya memang jenis suka melabur dalam bisnes, duit daripada bisnes akan berkembang untuk bisnes semula.

“Bab bisnes saya tidak berkira macam contoh staf nak pakai atau beli mesin ini, okey beli. Tetapi kalau saya nak beli barang sendiri, pergi kedai ini, tengok mahal, letak balik la,” katanya.

KA berkata demikian menerusi sedutan video dikongsi pengguna aplikasi X @Januarhaikal.

Dalam pada itu, KA yang juga pengusaha dan pemilik Sambal Nyet bersyukur kerana tidak terikat dengan mana-mana pinjaman kecuali pinjaman kereta jenama Perodua Bezza miliknya sahaja.

“Saya memang tiada loan, the only loan yang saya ada adalah loan kereta Bezza, itu sahaja.

The rest semua adalah aset yang dah dibeli yang dah dihabis bayar termasuklah dekat kilang.

“Kalau pergi dekat kilang kita, mesin yang juta-juta tu semua dah dihabis bayar. Itu semua adalah aset saya,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor