HomeHiburanAzhan Rani nyaris gagal tawan Gunung Kinabalu?

Azhan Rani nyaris gagal tawan Gunung Kinabalu?

CYBERJAYA: Pelakon, Azhan Rani hampir dibawa turun daripada meneruskan pendakian di Gunung Kinabalu selepas mengalami Akut Gunung atau Acute Mountain Sickness (AMS).

Menurutnya, itu merupakan kali pertama dia mendapat simptom berkenaan walaupun sudah tiga kali menakluk gunung tertinggi di asia itu sebelum ini.

“Kali ini saya diserang simptom Acute Mountain Sickness membuatkan saya muntah-muntah, tangan jadi kebas walaupun sudah pakai tiga lapis sarung tangan.

“Mereka dah siap nak bawa saya turun. Tapi saya baring, tidur sekejap, kemudian barulah saya kembali meneruskan pendakian,” katanya seperti dilapor Utusan.

Tambahnya, kurang menjalani latihan dan tidak mendapatkan rehat secukupnya menjadi faktor dia ‘pancit’ di tengah pendakian.

“Stamina saya tidak kuat berbanding orang lain. Saya tak cukup kerana menjaga emak dan melakukan penggambaran. Malah, Kerana urusan kerja, saya juga tak dapat mengikuti sesi latihan bersama pasukan.

“Semua sukan ada risiko tapi kena tahu dengan pasukan mana kita pergi. Kena ada ilmu,” kongsinya.

Meskipun begitu, dia masih nekad dengan perancangannya untuk mendaki puncak Gunung Island di Nepal dengan ketinggian 6189 meter dari aras laut pada Februari tahun hadapan.

Author

Pilihan Editor