HomeHiburanBilal akan masuk pusat asuhan, Neelofa terkilan ibu bapa tak boleh akses...

Bilal akan masuk pusat asuhan, Neelofa terkilan ibu bapa tak boleh akses CCTV

SELEBRITI dan usahawan terkenal, Neelofa meluahkan rasa terkilan selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusan pusat asuhan bahawa ibu bapa tidak dibenarkan mengakses video daripada kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berkata, anak sulungnya, Bilal bakal memasuki pusat asuhan pada minggu hadapan.

Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Haris meluahkan kebimbangan apabila dia tidak dibenarkan mengakses CCTV untuk memantau anaknya.

Malah, Neelofa turut membandingkan pusat asuhan itu dengan sekolah anak rakannya yang diberi akses untuk memantau anak-anak mereka.

“Minggu depan Bilal akan mula prasekolah.

“Dan saya tanya sekiranya ibu bapa boleh akses CCTV dekat prasekolah tersebut memandangkan kawan saya berkongsikan bahawa dekat sekolah anaknya, ibu bapa boleh akses CCTV bila-bila masa.

“Malangnya, tempat yang saya fikir untuk hantar Bilal ini tdak membenarkannya,” tulisnya.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas yang lahir pada 11 Julai lalu.

Author

Pilihan Editor