HomeHiburan'Dia pandai agama, tapi kenapa pegang tangan saya?', dedah Mondy Tatto

‘Dia pandai agama, tapi kenapa pegang tangan saya?’, dedah Mondy Tatto

SUBANG JAYA: Selepas berdepan dengan beberapa siri kes gangguan seksual, kini seorang pendakwah bebas terkenal Malaysia sekali lagi terpalit dengan isu sama baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan oleh pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tatto yang mendakwa dirinya tidak terkecuali daripada menjadi mangsa gangguan seksual daripada pendakwah terbabit, ketika kali pertama tiba di Malaysia tahun ini.

Pengakuan mengejutkan itu dibuat di dalam podcast khas kendalian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik, ibu tunggal itu menceritakan sisi sebenar pendakwah terbabit yang disifatkan sebagai perbuatan jijik.

“Ada satu kejadian kurang sopan berlaku di dalam kereta. Tangan saya dipegang dan diusap ustaz itu sehingga hampir ‘kantoi’.

“Jangankan seorang ustaz, seorang lelaki dan perempuan kalau bukan mahram bersentuhan adalah perbuatan yang salah. Namun terjadi sentuhan ketika hari pertama saya tiba di Malaysia.

“Dia ini pandai agama, tapi kenapa dia pegang tangan saya sedangkan saya bukan mahramnya. Saya lepaskan tangan dari genggamannya, kemudian beritahu perbuatannya itu tidak baik.

“Dia bagaimanapun minta saya diam kerana ada orang lain di dalam kereta itu,” katanya.

https://www.tiktok.com/@nustix.com/video/7279034537508687106?_t=8fjKNgRyTTt&_r=1

Lebih teruk, dakwanya, perbuatan ‘keji’ yang didakwa dilakukan pendakwah terbabit berlaku beberapa kali termasuk kejadian di sebuah bilik.

“Dia pakai jubah, kemudian dia tarik kain jubahnya. Dia tutup langsir dan cuba mendekatkan wajahnya ke muka saya sehingga saya terkejut.

“Mujurlah ada orang ketuk pintu ketika itu iaitu pemandu peribadinya dan dia terus berubah dan membetulkan posisinya. Pemandu peribadinya bertanya kenapa langsir ditutup, dia beritahu saya silau,” katanya.

Di sebalik kelakuan buruk terhadapnya, Mondy tetap mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang pernah dilakukan dan menegaskan pendedahannya itu bukan fitnah.

“Saya berterima kasih atas kebaikannya dan ingin terima kasih atas sesuatu yang sudah dia lakukan ke atas saya. Ini bukan fitnah atau cakap kosong. Satu hari nanti pasti terbukti dan ada tempatnya,” tambahnya.

Author

Pilihan Editor