HomeBeritaMahkamah & JenayahEmpat lelaki warga asing ditahan bantu siasatan kes bunuh

Empat lelaki warga asing ditahan bantu siasatan kes bunuh

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki di Taman OUG, di sini, semalam.

Dalam kejadian 7.40 malam itu, mangsa difahamkan diserang suspek sebelum ditikam dan mengalami kecederaan parah.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghubungi Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bantuan.

Menurut sumber, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian dihantar ke lokasi kejadian.

“Susulan itu, polis menahan empat lelaki warga asing di hadapan rumah lokasi mangsa ditikam sehingga maut, pagi tadi untuk siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid akan mengeluarkan kenyataan media berkaitan kes bunuh terbabit. – Harian Metro

Author

Pilihan Editor