HomeNiagaKadar OPR 3.0 peratus penting kawal inflasi - Ahmad Maslan

Kadar OPR 3.0 peratus penting kawal inflasi – Ahmad Maslan

CYBERJAYA: Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus penting untuk mengawal inflasi yang kini pada kadar 2.0 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebelum pandemik Covid-19, kadar OPR adalah antara 3.0 hingga 3.25 peratus.

“Ketika era Covid-19, (OPR) diturun kepada 1.75 peratus untuk tujuan pengembangan ekonomi. Selesai Covid-19, kembali kepada 3.0 peratus.

“Semalam diumum Bank Negara Malaysia (BNM) ia terus kekal. Moga difahami kadar ini penting untuk kawal inflasi yang kini 2.0 peratus,” katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Terdahulu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memaklumkan membuat keputusan untuk mengekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus.

Menurut MPC BNM, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.

Pada 6 Julai lalu, MPC BNM mengumumkan OPR kekal pada 3.0 peratus selepas kenaikan pertama tahun ini dilakukan pada Mei, meningkat 25 mata daripada 2.75 peratus pada Januari dan Mac lalu.

Author

Pilihan Editor