HomeHiburan‘Kalau tutup mata pun, orang tetap kecam’ - Neelofa

‘Kalau tutup mata pun, orang tetap kecam’ – Neelofa

SELEBRITI popular, Neelofa mendedahkan seluruh gaya penampilannya ketika berada di luar rumah, perlu mendapat ‘lampu hijau’ suaminya, PU Riz terlebih dahulu.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata, suaminya menjadi ‘gatekeeper’ atau penapis yang tidak memungkinkannya keluar dengan pakaian yang tidak bersesuaian.

“Selagi tak nampak susuk tubuh, bentuk peha, betis dan tudung dilabuhkan, semuanya okay,” katanya memetika laporan Berita Harian.

Neelofa berkata demikian susulan isu dirinya ditegur netizen apabila dilihat memuat naik video di TikTok dengan berpakaian kurang sesuai dengan imej berpurdah.

Dalam pada itu, Neelofa turut menyatakan bahawa setiap kecaman dan teguran yang diberi warga net itu diambilnya secara positif.

“Kalau tutup mata pun, orang tetap akan kecam. Tudung kena dilabuhkan, tutup bahu dan macam-macam lagi.

“Saya cuba yang terbaik untuk jadi lebih baik, kalau orang nampak kekurangan dan kesilapan dan tegur dengan baik, Alhamdulillah.

“Saya pun banyak benda nak belajar lagi. Saya ada pasangan yang sentiasa bantu saya,” ujarnya.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan kini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Author

Pilihan Editor