KECOH di media sosial hari ini apabila anak kepada Abby Abadi didakwa menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan perceraian.
Terbaharu, kakak kepada Umisya, mangsa gangguan rumah tangga tampil menceritakan situasi tegang yang berlaku dalam keluarga mereka.
Menerusi Instagram stories @nadiahbtmazlan, dia menceritakan keadaan adiknya yang terkesan secara emosi disebabkan hal itu.
Kata wanita itu, pada awalnya dia turut percaya bahawa adiknya hanya bersangka buruk sehingga keluarganya terpaksa membawanya berjumpa psikiatri.
“Korang mainkan mental emosi adik aku, korang create kan benda yang menampakkan adik aku perempuan yang dah mental.
“Kau buat kami percaya yang adik aku ni terlalu berprasangka buruk. Sampai kami decide nak bawa dia jumpa psikiatri,” luahnya.
Malah, bekas suami juga dikatakan menjunjung al-Quran dan bersumpah atas nama Allah termasuk meletakkan cerai taklik kononnya tidak akan curang.
“Kau junjung Quran, kau bersumpah dengan nama Tuhan setiap hari.
“Kau letak cerai taklik pada adik aku kononnya kau tak buat dah benda tu. rupanya semua benda tu korang dah plan. Kau play victim supaya nampak salah tu dekat adik aku,” katanya.
Dakwa wanita itu lagi, adiknya bercerai kerana dikatakan telah melanggar taklik suami yang bersumpah tak berlaku curang.
Sementara itu, Abby Abadi dalam Instagram Stories memberi respons balas mengakui bahawa mereka pernah berjumpa ketika baru mengetahui berkenaan hal terbabit.
“Ye kami ada berjumpa. Tu waktu baru dimaklumkan hal ini. Memang masa tu tak tahu cerita apa pun.
“Tapi bila bercerita kata kami datang berjumpa untuk minta maaf? Apa tu.. tu malas nak bercakap.. Jadi geram dengan perangai manusia ni,” balasnya.
BERITA BERKAITAN: