HomeHiburan'Check in hotel' - Wanita dakwa anak Abby Abadi sondol suami orang...

‘Check in hotel’ – Wanita dakwa anak Abby Abadi sondol suami orang hingga bercerai

PANAS! Anak kepada seorang pelakon didakwa menjadi penyondol sehingga menyebabkan perkahwinan seorang wanita berakhir dengan perceraian.

Menerusi perkongsian di akaun X, @umisyamazlan mendedahkan bekas suaminya telah menjalinkan hubungan bersama anak Norman Hakim, Marissa Dania Hakim.

Malah, wanita itu turut memberitahu perkenalan selama tujuh tahun yang membawa kepada tiga tahun perkahwinan dan dikurniakan dengan dua orang anak hancur gara-gara orang ketiga.

Dakwanya lagi, kecurangan suaminya dan anak pelakon tersebut sudah dihidu sejak dulu.

Walaupun kemaafan sudah diberi, namun masing-masing masih meneruskan kecurangan untuk kali ketiga.

“Bukan sekali peluang ye, ini peluang ketiga. Allah tunjuk sekejap, sekejap betullah betul, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

“Peluang sekali? Dua kali? Tiga kali?. Buat benda yang terkutuk ya. Siapa sangka? Allah maha mengetahui. Satu-satu bukti Allah tunjuk,” luahnya.

lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan Marissa Dania – Foto IG Umisya Mazlan

Malah, wanita itu turut berkongsi bukti e-mel menunjukkan pasangan itu pernah menempah sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur pada Jun.

“Masa ni aku login email ‘lelaki yang dulunya suami’ masuk email booking, hebat instinct isteri kan?,” tulisnya.

Umisya turut mendakwa, walaupun kelakuan anak pelakon yang berumur 18 tahun itu telah diketahui oleh keluarganya. Namun, dia masih mengganggu keluarga wanita berkenaan.

“Konon berjanji takkan ganggu lagi tapi? Mungkir janji ya.

“Depan keluarga kami, depan emak ayah kau, keluarga kau. Kantoi check-in lagi,” dakwanya.

Hasil tinjauan MEDIA VARIASI, ibu Marissa iaitu Abby Abadi menerusi Instagram Stories membuka mulut mengenai isu yang melanda anaknya.

“Tentang isu yang viral ni, takpe sila komen-komen dulu, cari pahala ye. Nanti saya jawab.

“Memang sedap bersangka-sangka menambah cerita dan menunding jari pada orang ini (marissa),” tulisnya.


BERITA BERKAITAN:

‘Dia datang, kejar-kejar balik’ – Lelaki akui lemah godaan anak pelakon

‘Saya mengaku silap, tapi ada dakwaan tak benar’ – Marissa Dania

Author

Pilihan Editor