HomeHiburan'Kereta buruk? Saya okay je pakai kereta lama' - Jasmin Hamid

‘Kereta buruk? Saya okay je pakai kereta lama’ – Jasmin Hamid

CYBERJAYA: Pelakon Jasmin Hamid, menyelar sikap segelintir individu yang mempersoalkan kenderaan lama yang dinaikinya hanya kerana bergelar selebriti.

Jasmin atau Jasmiah Abdul Hamid, 51, menerusi hantaran di Instagram berkata, dia tidak malu menggunakan kereta jenis Proton Wira yang digelar Bobob sebagai kenderaan hariannya.

Alhamdulillah my Felari dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dah ditidurkan sebab PKP.

“Nama dia Bobob you all. Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya. ‘Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?’

“Itulah dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar. Kenapa ek?

“Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okey je pakai Wira lama. Yang awak pula rasa alergik dah kenapa?” luahnya.

Tidak mempedulikan kata-kata negatif warga net, pelakon drama Cukup Derita Itu menyatakan dia berasa bahagia dengan kehidupan sederhana yang dimiliki.

“Biarlah… Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. Bobob ada sentimental value pada saya.

“Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baharu untuk saya ke?

“Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat. Tepi sikit Bobob nak lalu ni,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jasmin.

Betul. Kereta tak melambangkan kekayaan seseorang tu, kadang yang pakai simple dan kereta biasa sebabnya orang kaya raya, jutawan,” komen netizen.

“Saya pun still lagi pakai kereta Myvi 1st edition… 2005 beli second je 14 tahun dah pakai… bebas hutang. Ramai seangkatan dengan saya dah beli kereta lain. But I’m still with Myvi saya tu… Banyak berjasa. Alhamdulillah boleh bawa kami satu family ke utara selatan,” luah netizen.

“Kakkk… betul lah hairan betul orang yang ukur status orang dengan apa kereta orang tuuu? bagus lagi kereta tempatan cash daripada kereta import tapi hutang,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor