UMUM mengetahui, ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak menerusi pengajaran yang membawa kepada kebaikan.
Namun, adakalanya kelakuan tidak senonoh segelintir ibu bapa bukan setakat memberi contoh buruk kepada kanak-kanak yang dilihat mudah terpengaruh, malah turut mengaibkan keluarga terbabit.
Terbaharu, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak bermain dengan alat pembesar kemaluan lelaki di dalam sebuah kediaman.
Kanak-kanak lelaki yang dipercayai berumur setahun lebih itu dilihat terpinga-pinga, berikutan menyangka apa yang dipegangnya merupakan alat permainan.
Difahamkan, aksi kanak-kanak tersebut dirakam oleh salah seorang daripada ibu bapanya.
Lebih memalukan, video berkenaan yang berlegar-legar di kebanyakan media sosial ketika ini tidak langsung mengaburkan muka kanak-kanak tersebut.
Tindakan membiarkan dan merakam aksi kanak-kanak yang bermain dengan peralatan digunakan oleh orang dewasa itu sekali gus mendapat kecaman orang ramai.
Ia antara lain pengguna dikenali sebagai @rafflesia2020 berkata, individu yang merakam perkara itu mungkin menganggap tindakan mereka sebagai bahan lawak, sedangkan ia akan memusnahkan masa depan kanak-kanak tersebut.
“Ya benar, pendidikan itu bermula dari rumah. Jadi, apa kau harapkan kalau ibu bapa perangai macam ni,” soalnya.
Tulis @TheUsopIbrahim: “Tu pam besarkan p***i. Aku doakan kita sebagai bapa ni tak buatlah perkara macam ni dengan anak. Hormatlah anak, hormatlah mak dia. Hormat diri sendiri. Bila tak ada rasa hormat inilah jadinya. Kena hina dan kena caci dengan masyarakat.”
Tambah @khalidayang: “Dia rasa bangga bila rakam anak main benda tu. Dia nak ajar anak dia pakai benda tu ke apa. Memalukan sebagai orang tua.”
MEDIA VARIASI ketika ini masih belum dapat memastikan tarikh dan lokasi sebenar perkara tersebut.